Apakah tiga keadaan jirim yang telah kamu pelajari? Apakah keadaan jirim bagi bahan di atas?
Bahan dalam gambar ialah air. Keadaan jirim bagi air ialah cecair.
Bolehkah air dijadikan pepejal?
Apakah perbezaan paling utama antara cecair dengan pepejal?
Cecair boleh mengalir, manakala pepejal tidak boleh mengalir.
Bagaimana boleh kita buat supaya air yang boleh mengalir menjadi pepejal yang tidak boleh mengalir?
Apa boleh kamu buat?
YA
kredit imejApakah perbezaan antara keadaan dalam dengan luar peti pembeku?
Kaji yang berikut pula:
Apakah keadaan jirim bagi bahan di dalam cawan di atas?
Bahan dalam cawan ialah ais. Keadaan jirim bagi air ialah pepejal.
Bolehkah ais dijadikan cecair?
Apakah perbezaan paling utama antara pepejal dengan cecair?
Pepejal tidak boleh mengalir, manakala cecair boleh mengalir.
Bagaimana boleh kita buat supaya ais yang tidak boleh mengalir menjadi cecair yang boleh mengalir?
Apa boleh kamu buat?
YA
Biarkan sahaja cawan berisi ais tadi terletak di luar peti sejuk.
Apakah perbezaan keadaan di dalam dengan di luar peti sejuk di mana ais dibiarkan?
Bagi kedua-dua kajan di atas, apakah perbezaan antara keadaan:
(1) di luar dengan di dalam peti pembeku?
(2) di dalam peti sejuk dengan di luar peti sejuk?
Dua keadaan ini terdapat perbezaan suhu (tidak sama suhu).
Oleh itu, boleh kita katakan perubahan keadaan jirim berlaku dengan kehadiran atau kehilangan haba, yang dirujuk sebagai PROSES.
Kaji setiap keadaan berikut dengan menekan setiap pautan (link):
Comments
Post a Comment