Proses Kondensasi

 Kaji situasi berikut:

Kamu hendak minum minuman berais. Kamu masukkan beberapa biji ais ke dalam sebuah gelas minuman.

Apakah pemerhatian yang kamu dapati selepas beberapa minit?

YA

kredit imej

Terdapat titisan air di luar gelas yang berisi minuman berais itu.

Jika air terdapat di dalam gelas minuman, kenapa pula terdapat air di luar gelas minuman?

Ingat kembali:

(a) Apakah bahan dan keadaan jirim pada permulaan proses?

______________

(b) Apakah bahan dan keadaan jirim pada akhirnya?

______________

(c) Apakah suhu yang diperlukan dalam proses ini? Adakah bahan menerima atau kehilangan haba dalam proses ini?

_______________ 

Memandangkan titisan air terbentuk di luar gelas, ini menunjukkan bahan asal dalam proses ini terdapat di persekitaran luar gelas itu, iaitu kelembapan dalam udara.

Kelembapan merujuk kepada air, tetapi dapatkah kamu melihat air dalam udara? TIDAK. Kelembapan ialah wap air dalam bentuk gas, oleh itu ia tidak dapat dilihat.

Wap air dalam udara di sekeliling gelas terkena pada permukaan gelas yang berisi minuman berais. Apa rasanya jika murid-murid pegang di permukaan itu? Ya, sejuk.

Suhu pada permukaan gelas adalah lebih rendah. Ini boleh menukarkan wap air yang keadaan jirim ialah gas dalam udara yang tersentuh kepada permukaan itu kepada titisan air yang bersifat cecair.

Sentiasa ingat, kondensasi akan membentuk air dalam bentuk titisan.

Ringkasnya:

Klik untuk jawab kuiz


Kembali ke pengenalan



Comments