Kecuaian Pengendalian Peralatan Elektrik

1. Apakah maksud kecuaian?

kredit imej buku teks



2. Perhatikan gambar rajah berikut dan bincangkan.

kredit imej buku teks


3. Bincangkan cara yang betul dan perlu diamalkan semasa menggunakan peralatan elektrik.


.................................................................................................................................................

Semak perbincangan murid-murid:


Kecuaian pengendalian peralatan elektrik ialah cara-cara yang salah dalam mengendalikan peralatan elektrik sehingga boleh membawa kepada kemalangan. Perlakuan kecuaian dalam pengendalian peralatan elektrik adalah seperti berikut:


1. Mengendalikan peralatan elektrik dengan tangan basah.

 

2. Mencucuk soket dengan benda selain palam, terutamanya dengan bahan konduktor elektrik.

 

3. Membiarkan peralatan elektrik berfungsi tanpa pengawasan

 

Menggunakan peralatan elektrik dengan cara yang salah

 

4. Memasang banyak palam elektrik pada satu soket.

 

Menyambung banyak palam pada satu punca elektrik.

 

5. Membaiki sendiri peralatan elektrik tanpa mengamalkan ciri keselamatan.

 

6. Menggunakan peralatan elektrik yang wayarnya sudah terdedah.





Kesan daripada kecuaian:

1. Kebakaran (fire)

2. Kerosakan peralatan elektrik (damage)

3. Melecur (burn)

4. Kejutan elektrik (shock)

5. Renjatan elektrik (electrocution)


Untuk mengelakkan kemalangan, kita hendaklah mengamalkan pengendalian peralatan elektrik dengan cara yang betul seperti berikut:

1. Pastikan tangan kering sebelum mengendalikan peralatan elektrik.

kredit imej https://media.karousell.com/media/photos/products/2019/01/13/brand_new_cheapest_child_safety_wall_plug_socket_cover_3_pins_to_2_pins__singapore_3_pieces_per_set__1547355557_1b2fc153_progressive.jpg

2. Menggunakan palam khas untuk plag 2 pin.

3. Membaiki peralatan elektrik dengan suis tertutup dan pastikan tiada aliran elektrik.

imej kredit https://images.ctfassets.net/90pc6zknij8o/1HoNaJ6W3Pftkv5QJFuCQu/4e3e1dd676c127c865dd512863321378/protein-shakes-blending-e1542375442184.jpg?w=1200&h=630&fl=progressive&q=50&fit=fill&f=faces

4. Menggunakan peralatan elektrik dengan cara yang betul.

5. Merujuk manual untuk menggunakan alat elektrik dengan betul.

6. Mengawasi peralatan elektrik semasa penggunaan.

7. Meletakkan peralatan elektrik di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.


8. Memasang satu plag kepada satu soket sahaja.


Teknik menjawab soalan:
Jika murid-murid menjawab soalan tentang kaedah yang betul untuk mengendalikan peralatan elektrik, elakkan penggunaan perkataan JANGAN/ TIDAK, seperti contoh berikut:

Jangan menekan suis dengan tangan basah. X

Tidak memasang banyak plag kepada soket. X


Sebaliknya, jawablah-
Tekan suis dengan tangan yang kering.
Pasang hanya satu plag kepada satu soket.
Buku teks muka surat 119 - 123

Comments