Bahagian utama dalam sistem peredaran darah manusia |
Fungsi |
Jantung |
organ yang mengepam darah ke peparu dan ke seluruh bahagian tubuh. |
Salur darah |
tiub laluan untuk darah mengalir. |
Darah |
mengangkut oksigen, nutrien, air dan bahan kumuh. |
Peparu |
organ yang menjadi tempat pertukaran antara gas oksigen dengan gas karbon dioksida. |
Gambar rajah berikut menunjukkan kedudukan bahagian utama sistem peredaran darah dalam tubuh manusia:
Gambar rajah berikut menunjukkan keratan rentas jantung-
Jantung terdiri daripada-
1) bahagian kiri- mengepam darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tubuh.
2) bahagian kanan- mengepam darah lebih karbon dioksida ke peparu.
Berikut ialah gambar rajah laluan peredaran darah manusia-
Animasi berikut menunjukkan peredaran darah-
1) Darah lebih karbon dioksida daripada seluruh tubuh masuk ke dalam jantung.
2) Darah dari jantung dipam ke peparu.
3) Darah lebih karbon dioksida menjalani proses pertukaran gas untuk menyingkir karbon dioksida dan mengangkut oksigen.
4) Darah lebih oksigen masuk semula ke jantung.
5) Darah lebih oksigen dipam dari jantung ke seluruh tubuh manusia.
6) Proses berulang.
Kaji jalur komik berikut:
Daripada keratan komik di atas, mengapakah sistem peredaran darah penting kepada manusia?
YA
(1) Darah mengangkut oksigen dari peparu ke seluruh bahagian tubuh.
(2) Darah mengangkut nutrien dari usus ke seluruh bahagian tubuh.
Kaji keratan komik berikut pula-
Daripada keratan komik di atas, apakah kepentingan sistem peredaran darah kepada manusia?
(1) Darah mengangkut karbon dioksida ke peparu.
(2) Darah mengangkut bahan kumuh lain ke ginjal dan kulit (organ perkumuhan).
Gambar-gambar dari internet dan buku teks.
Buku teks muka surat 28 - 33.
Comments
Post a Comment