Kaji klip video berikut:
Apakah langkah-langkah membuat aiskrim Malaysia yang dapat kamu perhatikan?
(1) Kacau campuran susu.
(2) Masukkan campuran susu ke dalam beg plastik aiskrim.
(3) Masukkan beg plastik aiskrim berisi susu ke dalam peti sejuk.
Ingat kembali:
(a) Apakah bahan dan keadaan jirim pada permulaan proses?
______________
(b) Apakah bahan dan keadaan jirim pada akhirnya?
______________
(c) Apakah suhu yang diperlukan dalam proses ini? Adakah bahan menerima atau kehilangan haba dalam proses ini?
_______________
Proses pembekuan mengubah keadaan jirim cecair (boleh mengalir) kepada pepejal (tidak boleh mengalir).
Susu dalam keadaan cecair menjadi aiskrim dalam keadaan pepejal.
Untuk membentuk aiskrim, susu dimasukkan ke dalam peti pembeku.
Bolehkah susu menjadi aiskrim dalam peti sejuk di bahagian pendinginan seperti dalam gambar berikut?
Gambar menunjukkan peti sejuk di bahagian pendinginan hanya untuk menyimpan makanan yang tidak perlu dibekukan.
Oleh itu, aiskrim tidak boleh beku jika disimpan di dalam peti sejuk di bahagian pendinginan ini.
Untuk membentuk aiskrim, aiskrim itu perlu dimasukkan ke dalam bahagian pembeku sesuatu peti sejuk:
kredit imej
Sesuatu peti pembeku bersuhu 0°C. Sama seperti aiskrim, untuk membentuk ais dengan membekukan air juga perlu pada 0°C. Ini dipanggil takat beku bagi air.
Ringkasnya:
klik untuk kembali ke pengenalan
Comments
Post a Comment