Proses Penyejatan

 Kaji gambar berikut:


kredit imej

Mengapakah aktiviti dalam gambar dijalankan?

Apakah pemerhatian daripada aktiviti yang dijalankan seperti dalam gambar di atas?

YA, pakaian yang basah akan kering apabila dijemur.

Ingat kembali:

(a) Apakah bahan dan keadaan jirim pada permulaan proses?

______________

(b) Apakah bahan dan keadaan jirim pada akhirnya?

______________

(c) Apakah suhu yang diperlukan dalam proses ini? Adakah bahan menerima atau kehilangan haba dalam proses ini?

_______________

Pakaian yang basah mengandungi air dalam keadaan cecair.

Apabila dijemur, pakaian basah menjadi kering, tetapi persoalannya, adakah murid-murid dapat lihat ke mana air itu telah pergi? Adakah air mengalir ke bawah?

Air yang tertinggal dalam pakaian basah tidak cukup untuk mengalir ke bawah.

Apabila pakaian dijemur dalam kepanasan Matahari, air yang terserap dalam pakaian terdedah kepada haba. Oleh itu, air yang terserap ke dalam pakaian berubah kepada wap air yang keadaan jirimnya ialah gas.

Wap air lebih ringan daripada air maka ia boleh mengalir ke dalam udara.

Wap air lebih halus daripada titisan air maka ia tidak dapat dilihat apabila ia mengalir dalam udara.

Kaji gambar berikut:

kredit imej

Apakah perbezaannya jika pakaian dikeringkan dengan cara dalam gambar?

YA, pakaian itu lambat kering. Jika pakaian dijemur di bawah kepanasan Matahari, pakaian kering lebih cepat.

Ini menunjukkan penyejatan boleh berlaku pada apa-apa suhu.

Ringksnya:

kembali ke pengenalan


Comments