Proses pendidihan

 Kaji klip video berikut:


Dapatkah murid-murid kenal pasti proses yang ditunjukkan dalam klip video di atas?

Apakah perbezaan yang dapat murid-murid lihat pada awal rakaman dan akhir rakaman?

Ya, terdapat pembentukan gelembung udara pada awal rakaman yang sedikit dan kecil, tetapi semakin banyak dan besar pada akhir rakaman.

Kita juga boleh nampak wap air keluar daripada periuk.

Ingat kembali:

(a) Apakah bahan dan keadaan jirim pada permulaan proses?

______________

(b) Apakah bahan dan keadaan jirim pada akhirnya?

______________

(c) Apakah suhu yang diperlukan dalam proses ini? Adakah bahan menerima atau kehilangan haba dalam proses ini?

_______________

 

Bahan asal dalam penyiasatan ini ialah air yang dalam keadaan cecair.

Air yang dimasukkan ke dalam periuk didedahkan kepada haba dengan cara dipanaskan di atas api.

Semakin lama air dipanaskan, kita nampak gelembung udara terbentuk dalam air sambil wap air keluar dari dalam periuk.

Gelembung udara yang kecil menjadi lebih banyak dan lebih besar. Pada masa ini, pendidihan sedang berlaku pada suhu 100°C. Oleh itu, proses pendidihan berlaku apabila bahan menerima haba.

Bagaimana wap air boleh keluar ke bahagian atas periuk?

Wap air tidak lagi bersifat cecair walaupun ia boleh mengalir. Selepas air menerima haba, air berubah kepada wap air yang bersifat gas yang lebih ringan daripada air. Sebab itulah wap air boleh naik ke udara, tidak seperti air yang mengalir ke bawah.

Ringkasnya:


kembali ke pengenalan

Comments