Awan dan Hujan (Kitaran Air Semula Jadi)

-Menghubung kait perubahan keadaan jirim bagi air dengan pembentukan awan dan hujan-

*****

Kitaran air ialah pergerakan air dari permukaan bumi ke langit untuk membentuk awan, dan kembali semula ke Bumi sebagai hujan yang berlaku secara berterusan .

Kita perlu sedar:

o   bagaimana air yang berat dapat naik ke langit?

o   mengapa hujan berbentuk titisan?

Dua soalan di atas dapat membantu kita memahami kitaran air.

 

(1) Pembentukan awan:

o   Air dari mana-mana tempat di permukaan bumi boleh mengalami penyejatan.

o  Cahaya matahari membekalkan haba untuk proses penyejatan berlaku. Proses penyejatan menukar air kepada wap air. Wap air boleh naik ke langit kerana ia dalam bentuk yang ringan dan halus.

Penyejatan

Air kepada wap air

cecair kepada gas

Wap air yang halus dan ringan naik ke langit.

 

o   Wap air yang naik semakin tinggi ke langit akan menyejuk dalam proses kondensasi kepada titisan air. Inilah yang dipanggil awan.

Kondensasi

wap air kepada titisan air

gas kepada cecair

Awan ialah gabungan titisan air daripada wap air yang terkondensasi.

 

(2) Hujan:

o   Hujan turun apabila awan berkumpul dan menjadi berat.

o   Hujan turun dalam bentuk titisan akibat kondensasi yang menukarkan wap air kepada titisan air.

 

Gambar rajah penerangan ringkas dari buku teks:


INGATLAH

Dua proses iaitu penyejatan dan kondensasi hanya berlaku dalam pembentukan awan.

Proses penyejatan berlaku supaya air dari muka bumi dapat naik ke langit dalam bentuk wap air.

Proses kondensasi berlaku supaya wap air boleh membentuk air semula tetapi dalam bentuk titisan.

Hujan pula turun apabila titisan air itu terkumpul sehingga cukup berat untuk jatuh sebagai hujan. 


MENGAPAKAH KITAR AIR PENTING?

Atau dengan kata lainnya, mengapakah kita perlukan hujan?

Apakah yang akan terjadi kepada manusia jika hujan tidak turun?

Kaji gambar berikut:

kredit imej
Kaji pula gambar berikut:

kredit imej

Apakah perbezaan antara dua gambar sungai di atas?

Ya, jumlah air sungai yang dapat dilihat.

Jika hujan tidak turun, sungai-sungai tidak dapat dipenuhi oleh air.

Oleh itu, dapat dikatakan di sini bahawa kitar air adalah penting supaya manusia mendapat bekalan air yang cukup.

Kitaran air memastikan kuantiti air sentiasa berkekalan di muka bumi (buku teks muka surat 192)


Comments