Proses Peleburan

 Kaji klip video berikut:


Apakah yang dapat kamu perhatikan?

Mungkin kamu akan jawab AIS CAIR seperti yang biasa disebut di rumah.

Dalam rakaman di atas, kamu dapat lihat ais dalam cawan menjadi air.

Keadaan ini dipanggil lebur (istilah sains yang betul).

 

Ingat kembali:

(a) Apakah bahan dan keadaan jirim pada permulaan proses?

______________

(b) Apakah bahan dan keadaan jirim pada akhirnya?

______________

(c) Apakah suhu yang diperlukan dalam proses ini? Adakah bahan menerima atau kehilangan haba dalam proses ini?

_______________

 

Proses peleburan mengubah pepejal (tidak boleh mengalir) kepada cecair (boleh mengalir).

Ais dalam keadaan pepejal menjadi air dalam keadaan cecair.

Untuk membentuk air daripada ais, kita boleh biarkan sahaja ais di dalam cawan terletak di atas meja di luar peti sejuk (seperti dalam petikan video).

Suhu bilik ialah sekitar 27-29°C.

suhu ini adalah lebih tinggi daripada di dalam peti sejuk. Oleh itu, ais menerima haba dalam proses peleburan.


Apakah cara lain untuk membentuk air daripada ais?

Ya, ais boleh dipanaskan, contohnya dengan api di atas dapur memasak.


kredit imej

Api membekalkan haba kepada ais.

Oleh itu, ais menerima haba.

Ais (pepejal) yang menerima haba boleh melebur kepada air (cecair).


Secara ringkasnya:


kembali ke pengenalan

Comments