Bulan berputar

(1) Putaran Bulan ialah pergerakan Bulan dalam bentuk pusingan di atas paksinya.

kredit imej

Garisan hijau dalam gambar di atas menunjukkan paksi Bulan.

Paksi bolehlah "diandaikan sebagai kaki“ yang membolehkan "Bulan berdiri" dan membuat pergerakan dalam bentuk bulatan.

kredit gif

Gambar gif di atas menunjukkan putaran Bulan di atas paksinya (tetapi bukan pada kelajuan putaran yang sebenar)


(2) Arah putaran Bulan ialah lawan arah jam.

Bayangkan kamu meletakkan jam yang berpusing terbalik di atas lantai, dan bergerak di titik jarum-jarum jam bertemu.


(3) Putaran Bulan mengambil masa 27 1/3 (dua puluh tujuh satu per tiga) hari untuk satu putaran (di atas paksinya) yang lengkap.

 

(4) Bulan berputar, tetapi mengapakah kita hanya nampak permukaan Bulan yang sama sahaja?

keratan buku teks 

Adakah ini bermaksud Bulan sememangnya tidak berputar?

Kaji klip video simulasi berikut:


video asal

Potongan video ini menerangkan bahawa tempoh pergerakan dan peredaran Bulan adalah sama lajunya, iaitu kedua-dua pergerakan ini mengambil masa selama 27 1/3 (dua puluh tujuh satu per tiga) hari.

Kedua-dua pergerakan ini berlaku serentak dalam tempoh masa yang sama.

 

Oleh itu, hanya sebelah bahagian Bulan sahaja yang dapat kita lihat pada sepanjang masa.

(Tengok betul-betul keratan video di atas sehingga murid-murid fahami bagaimana pergerakan ini berlaku secara serentak)

Comments