Kaji klip video berikut yang menunjukkan pergerakan bulan secara peredaran:
Berdasarkan video di atas:
(1) Apakah yang dimaksudkan dengan peredaran Bulan?
(2) Apakah arah peredaran Bulan?
(3) Berapa lamakah peredaran Bulan berlaku?
Peredaran Bulan ialah pergerakan Bulan mengelilingi Bumi.
Arah peredaran Bulan ialah lawan arah jam.
kredit imejBayangkan kamu meletakkan jam yang berpusing terbalik di atas lantai, dan bergerak di sekeliling bulatan jam mengikut arah jarum jam yang terbalik itu.
Peredaran Bulan mengambil masa 27 1/3 (dua puluh tujuh satu per tiga) hari untuk melengkapkan satu pusingan mengelilingi Bumi.
Bolehkah murid-murid membina suatu pengurusan grafik untuk mencatat isi pelajaran ini secara ringkas?
Comments
Post a Comment