Mencegah Pengaratan dan Kepentingannya

-  Memperihalkan cara mencegah pengaratan -

Secara ringkasnya, pengaratan boleh berlaku seperti berikut:

INGAT SEMULA

Pengaratan akan menyebabkan objek besi rosak, buruk dan sukar digunakan.

Adakah kita membiarkan peralatan mudah rosak akibat pengaratan?

Mencegah pengaratan bermaksud menghalang pengaratan daripada berlaku.

Apakah cara supaya besi tidak dapat berkarat?

Seperti yang ditunjukkan secara ringkas di atas, konsep/ idea untuk menghalang pengaratan adalah seperti berikut:

Ini bermaksud menghalang besi daripada terkena air dan udara untuk mengelakkan besi berkarat.

Apakah cara-cara untuk menghalang besi daripada terkena air dan udara?

(1) Mengecat

Objek besi boleh disapu dengan cat.

Lapisan cat dapat melindungi permukaan objek besi daripada terkena air dan udara.

Contoh objek besi yang boleh dicat ialah pagar dan pintu pagar besi yang biasa terdapat di rumah:

sumber imej


(2) Menyalut

Menyalut ialah menggunakan bahan bukan logam seperti plastik.

Plastik dibalut untuk menyaluti permukaan objek besi. Ini dapat mengelakkannya daripada terkena air dan udara.

Contoh salutan-

kredit imej

Rangka rak besi di atas diperbuat daripada besi.

Warna biru dan kuning ialah salutan yang diperbuat daripada plastik.


(3) Menyadur

Menyadur ialah menggunakan bahan logam yang tahan karat di atas permukaan objek besi.

Objek besi dicelup ke dalam logam cair semasa proses menyadur.

Contoh logam yang tahan karat ialah timah dan zink.

Contoh objek yang boleh dijalankan penyaduran ialah tin makanan yang disadur dengan logam timah-

Bahagian dalam tin di atas disadur dengan timah supaya tidak berkarat apabila diisi dengan makanan yang mengandungi kelembapan tinggi.

 

(4) Keluli tahan karat

Keluli ialah besi yang disebatikan (bercampur) dengan logam lain.

Ini dapat melambatkan berlakunya pengaratan kepada sesuatu objek besi.

Contoh objek yang menggunakan teknologi keluli tahan karat ialah peralatan memasak dan peralatan doktor pergigian.


gambar shutterstock dan indiamart


(5) Menyapu dengan minyak/ gris

Minyak berbentuk cecair, manakala gris ialah minyak yang bersifat pepejal seperti marjerin atau mentega. Berikut ialah contoh minyak:

Berikut ialah contoh gris:

sumber gambar

Berikut ialah cara menyapu gris:

sumber gambar

Kelebihan menggunakan gris ialah gris tidak meleleh seperti minyak.

Contoh objek besi yang disapukan minyak ialah engsel pintu:

gambar asal

 

(6) Menggunakan gel silika (silica gel).

 Berikut ialah gel silika.

kredit imej

Gel silika ialah bahan yang boleh menyerap kelembapan.

Oleh itu, ia mengekalkan persekitaran kering dan bebas daripada wap air.

Letakkan paket-paket gel silika di dalam kotak alatan untuk menghalang proses pengaratan daripada berlaku.

kredit imej


Memilih kaedah mencegah pengaratan yang sesuai:

Bolehkah peralatan pergigian disapu dengan gris?

Bolehkah pintu pagar disapukan minyak?

Adakah jambatan besi sesuai disalutkan dengan plastik?

Bolehkah tin makanan dicat?

Bolehkah periuk memasak disalut dengan plastik?


Walaupun kaedah-kaedah yang dinyatakan dapat menghalang berlakunya pengaratan, kaedah yang dipilih mestilah tepat dengan tujuan penggunaan objek besi.


- Menaakul kepentingan mencegah pengaratan -


Mengapakah pengaratan objek besi mesti dielakkan?

Adakah pengaratan objek besi suatu perkara yang bagus?

Kaji yang berikut:

(1) Dapat mengelakkan manusia daripada keracunan atau jatuh sakit akibat termakan karat.

Karat boleh menyebabkan keracunan dan penyakit kepada tubuh badan manusia.


(2) Dapat mengekalkan kecantikan sesuatu objek besi.

(3) Dapat memanjangkan jangka hayat peralatan yang diperbuat daripada besi.


(4) Menjamin keselamatan semasa menggunakan peralatan yang diperbuat daripada besi.


(5) Memastikan peralatan yang diperbuat daripada besi dapat berfungsi dengan baik.

Dalam contoh ini, kapak yang berkarat menjadi tumpul, oleh itu, ia sukar untuk digunakan.

(6) Dapat mengelakkan pembaziran/ kerugian wang ringgit

(i) akibat peralatan besi yang telah rosak kerana berkarat, ataupun

(ii) untuk menggantikan peralatan yang rosak akibat pengaratan.


Teknik menjawab soalan:

Apakah kepentingan mencegah pengaratan?

Mengapakah pengaratan perlu dicegah?


Mulakan jawapan murid-murid dengan perkataan SUPAYA ataupun UNTUK, contoh:

Untuk memastikan peralatan yang diperbuat daripada besi dapat berfungsi dengan optimum.

Supaya diri kita terhindar daripada keracunan yang disebabkan oleh karat.



Kredit gambar-gambar dari internet dan keratan buku teks.

Comments