Pengelasan Jirim

 -Menyatakan jirim wujud dalam keadaan pepejal, cecair dan gas-

-Mengelas bahan atau objek berdasarkan keadaan jirim-

 

JIRIM ialah apa sahaja bahan/ benda fizikal yang boleh dikenal pasti oleh deria tubuh (physical substance).

Contoh:

Boleh disentuh/ dirasai pada kulit.

Boleh dibau.

Boleh dilihat oleh mata.

 

Apakah kategori-kategori jirim?

Apakah cara mengenal kategori jirim?

 

Kaji yang berikut-

(pergerakan 1)


 

 

 

 

 

 

 

 

(pergerakan 2)



















Adakah terdapat persamaan antara objek dalam pergerakan (1) dengan pergerakan (2)?

Kedua-dua objek boleh dilihat (dengan mata) dan disentuh (melalui kulit).

Adakah terdapat perbezaan antara pergerakan (1) dengan pergerakan (2)?

 

Sesuatu jirim yang boleh dilihat dan boleh mengalir seperti pergerakan (2) dipanggil cecair.

Bolehkah murid-murid memberi contoh cecair? 


Sesuatu jirim yang boleh dilihat tetapi tidak boleh mengalir dipanggil pepejal.

Bolehkah murid-murid memberi contoh pepejal yang terdapat di persekitaran harian kamu?


Kaji yang berikut:












Apakah yang kamu dapati apabila melakukan aktiviti di atas?

Sebiji belon ditiupkan sehingga mengembang, kemudian angin daripada belon itu dilepaskan keluar.

Apakah pemerhatian yang kamu dapati?

Pada jari di mana kamu memegang belon itu boleh dirasai sesuatu mengalir keluar daripada belon, tetapi kamu tidak dapat nampak apakah benda yang mengalir keluar itu.


Jirim yang boleh mengalir tetapi tidak dapat dilihat ialah gas.

Dapatkah murid-murid memberi contoh gas?


Bolehkah murid-murid membina suatu peta pemikiran yang sesuai untuk mengelaskan contoh-contoh jirim?

 


 kredit imej latar

 

Klik di sini untuk menjawab kuiz.

Comments