Kaji contoh berikut:
sumber imejObjek besi di persekitaran kita sangat mudah berkarat seperti contoh dalam gambar.
Apakah yang menyebabkan objek besi dalam persekitaran berkarat?
Bagaimanakah kita dapat meniru persekitaran asal untuk menyiasat aktiviti pengaratan dalam makmal?
Eksperimen 1-
Objek besi di persekitaran luar terdedah kepada hujan dan cahaya matahari. Oleh itu, kita boleh meniru keadaan ini dengan menggunakan radas seperti berikut:
Selepas suatu tempoh, didapati paku membentuk lapisan berwarna merah keperangan.
Kaji gambar berikut:
Tingkap seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas sangat biasa mengalami pengaratan. Bagaimanakah kita boleh meniru keadaan di atas untuk menjalankan eksperimen dalam makmal?
Eksperimen 2-
Bahagian dalam tingkap seperti dalam gambar di atas tidak terdedah kepada hujan. Oleh itu, kita meniru keadaan tersebut dengan cara meletakkan sebatang paku besi di dalam sebuah tabung uji.
Paku didapati membentuk lapisan berwarna merah keperangan selepas suatu tempoh masa.
Dalam eksperimen 1, kamu dapat lihat adanya air, tetapi dalam eksperimen 2, kamu lihat tiada air dalam radas itu, tetapi kedua-dua eksperimen menghasilkan lapisan yang berwarna merah keperangan.
Adakah terdapat apa-apa bahan lain selain air yang kamu nampak, yang boleh menyebabkan pengaratan?
Yang tidak dapat dilihat itu pula bagaimana?
Kaji semula Eksperimen 1:
selain daripada air, adakah terdapat bahan lain yang kamu tidak dapat lihat, tetapi mungkin terdapat dalam radas itu?
Ia adalah udara.
Bagaimanakah untuk membuktikan udara ini dapat menyebabkan berlakunya pengaratan? Kaji yang berikut:
Eksperimen 3-
Selepas suatu tempoh, tiada lapisan merah keperangan terbentuk pada paku.
Mengapa?
Pendidihan menyingkirkan udara daripada dalam air. Oleh itu, air ini tidak mengandungi udara.
Tabung uji juga ditutup untuk mengelakkan udara larut semula ke dalam air.
Perbandingan keputusan eksperimen 1 dan 3 untuk membuktikan kehadiran udara dalam proses pengaratan boleh diringkaskan seperti berikut:
Jika kita kaji semula eksperimen 2 pula, di dalam tabung uji itu tidak kelihatan air, tetapi lapisan merah keperangan boleh terbentuk pada paku.
Ini kerana terdapat kelembapan di dalam udara. Kelembapan ialah titisan air yang sangat halus yang tidak dapat dilihat.
Bagaimanakah kita dapat membuktikan air dan kelembapan boleh menyebabkan proses pengaratan berlaku?
Eksperimen 4-
Sedikit kalsium klorida kontang diletakkan bersama paku.
Didapati paku tidak membentuk lapisan merah keperangan selepas suatu tempoh masa. Mengapa?
Kalsium klorida kontang berfungi menyerap kelembapan dan titisan air dalam udara.
Tabung uji ditutup untuk menghalang kelembapan daripada udara persekitaran memasuki tabung uji.
Oleh itu, tabung uji ini tidak mengandungi sebarang air.
Perbandingan keputusan eksperimen 2 dan 4 untuk membuktikan kehadiran air dalam proses pengaratan boleh diringkaskan seperti berikut:
Oleh itu dapatlah dibuktikan bahawa dua bahanyang dapat menyebabkan proses pengaratan untuk berlaku ialah-
air
udara
Air dan udara merupakan faktor kepada berlakunya proses pengaratan.
(faktor= perkara yang boleh menyebabkan sesuatu proses untuk berlaku)
gambar asal paku dan kalsium klorida kontang indiamart.com
Comments
Post a Comment