- Menyatakan ciri objek yang berkarat -
Kaji gambar berikut:
Yang mana satukah objek berkarat?
Bagaimana kamu kenali objek berkarat? Apakah pemerhatiannya?
Berdasarkan gambar di atas, objek yang berkarat berwarna perang kemerahan.
Ini kerana terdapat suatu lapisan yang berwarna perang yang menyelaputi objek itu.
Permukaan yang berkarat berasa kasar. Ini kerana lapisan karat boleh terkelupas (pecah dan tertanggal).
Kaji keratan buku teks berikut. Apakah kesan pengaratan kepada sesuatu objek? Adakah ia baik?
Lapisan karat menyebabkan sesuatu objek itu
1. sukar digunakan
2. menghasilkan bunyi
3. buruk, rosak dan rapuh
- Mengitlak bahawa objek yang diperbuat daripada besi boleh berkarat -
Adakah semua objek di dunia ini boleh berkarat?
Apakah bahan yang boleh berkarat?
Berikut ialah penyiasatan/ eksperimen mudah yang boleh dijalankan. (Keratan buku teks).
Langkah 1: Sehelai tuala pakai buang direndamkan ke dalam sedikit air yang bercampur cuka. Cuka dalam penyiasatan ini dapat mempercepatkan pengaratan untuk berlaku.
Langkah 2: Bentangkan tuala. Susunkan objek seperti dalam gambar berikut-
Langkah 3: Gulungkan objek-objek di dalam kapas basah dan buka semula untuk membuat pemerhatian selepas lima hari.
Apakah pemerhatian daripada penyiasatan ini?
Lapisan merah keperangan didapati terdapat pada jarum dan paku, tetapi tidak pada lidi sate, penyedut minuman dan rod kaca.
Apakah perbezaan antara dua kumpulan objek ini?
Jarum dan paku diperbuat daripada besi.
Lidi sate diperbuat daripada kayu.
Penyedut minuman diperbuat daripada plastik.
Rod kaca diperbuat daripada kaca.
Penyiasatan ini menunjukkan objek yang diperbuat daripada besi boleh berkarat.
Objek yang tidak diperbuat daripada besi tidak boleh berkarat.
nota in membantu saya mejawab soalan
ReplyDelete