Suhu Menaik dan Menurun

-Memerhatikan suhu menaik-

Kaji video berikut:

(1) Apakah suhu pemulaan bahan (air)?

(2) Bagaimana kamu memerhatikan suhu menaik?

(3) Apakah aktiviti yang dijalankan ke atas air supaya suhunya naik?

(video asal)

Dalam aktiviti di atas, suhu bahan pada permulaan ialah 34 darjah Celcius.

Kita dapat memerhatikan suhu menaik dengan menaiknya merkuri (garisan perak) dalam termometer.

Di dalam video, cikgu telah memanaskan air selama 1 minit.

 

Mengapakah suhu naik apabila air dipanaskan?

Ini kerana haba dalam api itu berpindah kepada periuk,kemudian berpindah ke dalam air pula.

(Haba berpindah dari kawasan panas ke kawasan sejuk)

Keadaan ini meningkatkan suhu air (suhu air naik).


-Memerhatikan suhu menurun-

Kaji video berikut:

(1) Apakah suhu permulaan bahan?

(2) Bagaimanakah kamu memerhatikan suhu bahan itu turun?

(3) Apakah yang telah dibuat untuk menurunkan suhu bahan?

 


(Aktiviti di atas menggunakan unit pengukuran darjah Fahrenheit, iaitu satu pernyataan suhu selain daripada darjah Celcius.)


Dalam aktiviti di atas, suhu bahan pada permulaan ialah 100 darjah Fahrenheit.

Kita dapat memerhatikan suhu turun dengan menurunnya garisan merah dalam termometer.

Kanak-kanak di dalam video telah menambahkan ketulan ais.


Mengapakah suhu turun apabila ais ditambahkan?

Ini kerana haba dalam bahan yang panas itu berpindah kepada ais pula.

(Haba berpindah dari kawasan panas ke kawasan sejuk)

Keadaan ini menurunkan suhu bahan.

 

-Mengukur takat beku air-

Air pada keadaan beku dipanggil ais.

kredit imej

Air perlukan suatu suhu untuk membeku kepada ais.

Untuk mengetahui suhu ais seperti dalam gambar, kita perlukan termometer.



kredit imej asal

Untuk mengukur suhu ais, termometer hendaklah digunakan seperti dalam gambar di atas. Bebuli termometer hendaklah dibenamkan ke dalam ais tanpa mencecah dasar bikar.

INGAT KEMBALI LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDAPATKAN BACAAN.

Tunggulah sehingga paras merkuri tidak lagi turun ataupun naik.

Apakah suhu ais seperti yang dapat dibaca oleh termometer dalam gambar di atas?

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar, suhu air dalam keadaan beku, iaitu ais ialah 0°C.

Takat beku bagi air tidak akan turun lagi di bawah 0°C.


-Mengukur takat didih air-

Air mendidih ialah keadaan di mana terdapatnya gelembung udara di dalam air selepas dipanaskan untuk suatu tempoh masa.


imej asal

Takat didih merujuk kepada suhu semasa air gelembung udara dalam air mendidih terpecah dan bebas ke udara sebagai wap air.

Untuk mengetahui suhunya, kita perlukan termometer untuk mendapatkan bacaan.



Selepas dipanaskan sehingga mendidih, air akan mencapai suhu 100°C.

Takat didih air tidak akan naik lagi melebihi 100°C.

 

KLIK UNTUK JAWAB KUIZ RINGKAS

Comments