Menyukat Suhu Menggunakan Termometer

Murid boleh menyukat suhu dengan menggunakan alat dan unit piawai dengan teknik yang betul.

----
 

Bagaimana kalau kamu diminta menyatakan suhu sesuatu objek, bolehkah kamu nyatakan dengan tepat?


Apabila menyatakan suhu, kita tidak menyatakan suhu itu panas atau suhu sejuk.
 
Suhu perlu diukur dengan menggunakan termometer seperti dalam gambar rajah di bawah:
 
 
 
Sebatang termometer seperti dalam gambar rajah di atas ialah sebatang saluran kaca. Terdapat bebuli di bahagian bawah yang mengandungi cecair merkuri (berwarna perak).
 
Terdapat juga termometer yang mengandungi cecair alkohol untuk menunjukkan suhu seperti gambar di bawah.



Berikut ialah termometer makmal yang biasa digunakan dalam aktiviti penyiasatan di sekolah:

kredit imej

Termometer ini boleh mengukur suhu serendah 0 darjah Celcius dan setinggi 100 darjah Celcius.

Bahagian bebuli termometer dimasukkan ke dalam bahan yang hendak diukur suhunya seperti dalam tayangan video berikut:

 

Bolehkah murid-murid lukiskan peta alir untuk menerangkan langkah-langkah menggunakan termometer seperti dalam sedutan video di atas?

 

sumber imej latar

 

Unit pengukuran suhu yang piawai ialah darjah Celcius (ditulis sebagai °C)

Apabila termometer digunakan untuk mendapatkan suhu, perhatikan bahawa jalur merkuri akan menaik atau menurun. Perhatikan sehingga jalur merkuri ini berhenti naik atau turun. Ini dipanggil meniskus.

Mendapatkan bacaan suhu mestilah dengan melaraskan kedudukan mata pada meniskus merkuri seperti dalam gambar rajah di bawah:


 sumber gambar asal

Bacaan suhu dalam gambar rajah di atas ialah 30°C, dibaca sebagai 30 darjah Celcius.

 

Kaji contoh berikut  pula:

Apakah suhu yang ditunjukkan?

Setiap satu garisan pada termometer bernilai 1°C.

Maka pada garisan ke-20, bacaan suhu ialah 20°C.

Selang setiap 5°C, murid-murid akan nampak satu garisan yang lebih panjang tetapi tiada nombor, tetapi garisan ini lebih pendek daripada garisan yang dinomborkan.

Oleh itu, murid-murid tidak perlu mengira semua garisan hingga sampai ke meniskus.

Teruskan bacaan dr garisan 25°C sehingga di mana terdapatnya meniskus.

Dalam contoh di atas, meniskus terdapat pada garisan ke-26, iaitu satu garisan di atas garisan panjang tidak bernombor selepas garisan yang bertanda 20.

Maka suhu yang ditunjukkan dalam gambar di atas dibaca sebagai 26°C (dua puluh enam darjah Celcius).


Berikut ialah contoh bacaan pada termometer sebenar (gambar diperbesarkan)



Berapakah bacaan yang dapat dicatat oleh termometer itu?


Jom buat

Comments

Post a Comment