Kekuatan Struktur

Apakah maksud kekuatan?

Kaji gambar berikut:

kredit imej

Apakah yang kamu faham tentang kekuatan daripada gambar di atas?

1) orang itu boleh menampung objek berat.

2) orang itu tidak mudah jatuh apabila menampung objek berat.

Bolehkah murid-murid kaitkan gambar di atas dengan kekuatan binaan? Apakah maksud kekuatan binaan?


Bahan seperti plastik, getah, konkrit dan keluli mudah dibuat bentuk yang dikehendaki

Walau bagaimanapun, jenis bahan untuk dibentuk bergantung kepada tujuan pembinaan struktur. 

Getah dan plastik sesuai digunakan untuk membina struktur yang kecil seperti tayar dan tangga kecil.

Keluli dan batu pula lebih sesuai digunakan untuk membuat struktur yang besar seperti sebuah bangunan.

Kaji contoh berikut:

gambar dari internet

Untuk membina struktur dalam gambar di atas, adakah sesuai jika kita gunakan batu dan konkrit? Terangkan mengapa.

Struktur di atas biasanya digunakan secara sementara. Apabila ia hendak digunakan, ia hendaklah dipasang dan didirikan.

Apabila ia sudah tidak digunakan lagi, ia boleh diturunkan dengan mudah.

Oleh itu, adalah tidak sesuai menggunakan batu dan konkrit untuk membina struktur di atas.
 

Bolehkah murid-murid senaraikan jenis bahan yang boleh menguatkan sesuatu struktur dan binaan?


Kaji contoh seterusnya:

Dua struktur berikut pula diperbuat daripada kertas tebal.

Jika kedua-dua struktur diletakkan pemadam diatasnya, struktur yang mana satukah dapat menampung bilangan pemadam yang lebih banyak?

Adakah itu kekuatan struktur?

Terangkan.

 

Dalam contoh di atas, struktur telah dibina daripada bahan yang sama, iaitu kertas tebal.

Kedua-dua struktur adalah berlainan saiz.

Binaan yang lebih besar boleh menampung beban yang lebih besar daripada binaan yang kecil.
 

Kaji struktur jambatan berikut. Mana yang lebih kuat. Bolehkah kamu terangkan? 

 

 gambar internet

Apakah perbezaan antara jambatan P dan Q?

Jambatan P dibina melengkung, manakala jambatan Q dibina lurus.

Jambatan yang dibina melengkung lebih kukuh.

Lengkung itu memberi sokongan kepada jambatan.


Bolehkah murid-murid senaraikan semula faktor kepada kekuatan sesuatu struktur dan binaan?



Buatlah catatan tersebut dalam suatu peta pemikiran.


 

 


Comments