Sifat kimia bahan boleh diuji dengan cara merasa HANYA JIKA bahan itu diketahui selamat untuk dimakan.
Bahan makanan adalah selamat untuk dimakan, contohnya-
Apakah rasa makanan di atas?
Apakah rasa makanan di atas?
Selain daripada bahan makanan yang diketahui selamat untuk dimasukkan ke dalam mulut, seperti ubat gigi:
kredit imejApakah rasa bahan di atas?
Bagi bahan yang tidak selamat untuk dimakan/ dimasukkan ke dalam mulut, adalah lebih baik mengujinya dengan kertas litmus.
Kaji tayangan video berikut:
Kertas litmus terdapat dalam warna merah dan biru sahaja:
Kedua-dua kertas litmus hendaklah digunakan serentak dalam larutan bahan yang hendak diuji.
Kaji bahan berikut:
Bagaimanakah kita dapat menguji bahan dalam gambar dengan kertas litmus?
Apabila menggunakan kertas litmus, kita memerhatikan sama ada larutan yang diuji boleh menukarkan warna kertas litmus ataupun tidak.
Dalam contoh di atas, air limau boleh menukarkan warna kertas litmus biru ke merah, tetapi tidak menukar warna kertas litmus merah.
Dalam contoh di atas, larutan ubat gigi boleh menukarkan warna kertas litmus merah ke biru, tetapi tidak menukarkan warna kertas litmus biru.
Dalam contoh di atas, air gula tidak menukarkan warna kertas litmus biru dan merah.
Maka, apakah kesimpulan yang kita dapat daripada dua jenis pemerhatian ke atas bahan-bahan seperti yang telah dibincangkan?
Jom buat kuiz ringkas.
Comments
Post a Comment