1) Apakah yang dimaksudkan dengan kejadian siang?
2) Apakah yang dimaksudkan dengan kejadian malam?
3) Mengapakah dua tempat yang disebutkan dalam perbualan di atas mempunyai waktu yang berlainan?
Bolehkah murid-murid cadangkan cara untuk meniru kejadian siang dan malam untuk mengkaji dengan lebih lanjut?
Kaji tayangan berikut:
Adakah semua tempat di Bumi mengalami kejadian siang atau malam pada masa yang sama?
TIDAK
Perhatikan tempat yang ditandakan merah di atas glob.
Adakah tempat tersebut sentiasa berada dalam kawasan terang?
Adakah tempat tersebut sentiasa berada dalam kawasan gelap?
Tidak.
Tempat yang ditandakan berada dalam kawasan terang untuk suatu tempoh masa, kemudian berada dalam kawasan gelap untuk suatu tempoh masa lagi sehinggalah ia masuk semula ke kawasan terang.
Mengapa pula sebahagian kawasan adalah terang dan sebahagian lagi gelap?
Bolehkah murid-murid terangkan sebabnya?
Dalam simulasi di atas, guru telah memutarkan glob. Apabila glob telah diputarkan, sebahagian glob menjadi kawasan terang dan sebahagian yang lain menjadi gelap.
Kawasan yang menghadap cahaya adalah terang, manakala kawasan yang tidak menghadap cahaya pula gelap.
Aktiviti memutarkan glob adalah aktiviti meniru pergerakan Bumi yang berputar di atas paksinya.
Apabila putaran Bumi menghadap Matahari, bahagian Bumi yang menghadap Matahari menerima cahaya Matahari dan mengalami waktu siang.
Apabila putaran Bumi membelakangi Matahari, bahagian Bumi yang membelakangi Matahari tidak dapat menerima cahaya Matahari dan mengalami waktu malam.
Satu putaran lengkap Bumi pada paksinya mengambil masa selama 24 jam. Dalam tayangan video simulasi di atas, guru telah memutarkan glob pada arah berlawan dengan arah putaran jam. Ini meniru putaran Bumi dari arah Barat ke Timur.
kredit buku teks
Ringkasan:
Latihan:Gambar berikut menunjukkan simulasi kejadian siang dan malam.
kredit imej1) Apakah waktu yang sedang dialami oleh tempat X?
_______________________________________
2) Beri satu alasan untuk menjelaskan jawapan (1).
________________________________________
________________________________________
3) Adakah tempat X akan sentiasa mengalami waktu seperti yang dinayatakan dalam jawapan (1)? Mengapa?
________________________________________
________________________________________
Comments
Post a Comment