Murid boleh menyatakan maksud haba dan suhu.
----
HABA ialah suatu bentuk tenaga.
Kaji gambar berikut:
Apakah pemerhatian yang kamu boleh buat apabila kamu pegang suatu cawan berisi minuman berais seperti dalam gambar di atas?
YA
cawan berasa sejuk
Kaji gambar di bawah pula:
Apakah pemerhatian yang mungkin apabila kamu menggunakan air pancuran mandian seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas?
YA
air berasa panas
Kulit kita mempunyai deria sentuhan untuk menentukan panas atau sejuk.
Haba dipindahkan kerana terdapat perbezaan suhu. Kaji gambar berikut:
Dalam gambar di atas, terdapat air panas di dalam cawan. Sebatang sudu logam dimasukkan ke dalam air di dalam cawan itu.
Soalan:
Sebelum sudu dimasukkan ke dalam air panas, sudu berasa panas atau sejuk apabila disentuh?
Kemudian sudu itu dikeluarkan daripada air panas tadi.
Soalan:
Selepas sudu dikeluarkan dari dalam air panas, sudu berasa panas atau sejuk apabila disentuh?
Pemerhatian:
Sebelum dimasukkan ke dalam air panas, sudu sejuk sahaja.
Selepas dikeluarkan daripada air panas, sudu berasa panas pula.
Ini menunjukkan haba dipindahkan dari kawasan panas ke kawasan sejuk.
Suatu objek boleh berasa panas atau sejuk. Darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu objek dipanggil suhu.
Comments
Post a Comment