Kecerahan mentol- eksperimen 1

Kaji klip video berikut:


terima kasih cikgu Safuan

Apabila cikgu memasang 1 mentol:

Apabila cikgu pasang 2 mentol:

Apabila cikgu pasang 3 mentol:


Dalam penyiasatan ini, mula-mula cikgu pasangkan satu mentol, kemudian pasangkan dua mentol, kemudian pasangkan 3 mentol.

Ini dipanggil pemboleh ubah dimanipulasi, iaitu bilangan mentol.

Apabila cikgu pasang 1 mentol, mentol menyala sangat terang. Bila cikgu pasang 2 mentol, mentol menyala malap. Apabila cikgu pasangkan 3 mentol, mentol menyala semakin malap. Ini dipanggil pemboleh ubah bergerak balas, iaitu kecerahan mentol. Pemboleh ubah bergerak balas menunjukkan keputusan penyiasatan/ eksperimen.

Sepanjang eksperimen dijalankan, kita lihat jumlah bateri yang digunakan. Walaupun cikgu pasang 1, 2 atau 3 mentol, lihat pada bilangan baterinya, iaitu semua radas menggunakan 3 biji bateri. Ini dipanggil pemboleh ubah dimalarkan, iaitu bilangan bateri.

Apakah kesimpulan daripada penyiasatan ini?
Cikgu mula pasang 1 mentol, mentol menyala sangat cerah.
Kemudian cikgu pasang 2 mentol, mentol menyala dengan malap.
Akhir sekali cikgu pasang 3 mentol, mentol menyala lebih malap lagi.

Kesimpulan yang kita dapat ialah:

Jika lebih banyak mentol dipasang dalam litar, maka semakin malap mentol menyala.

Gunakan perkataan JIKA ... , MAKA ... untuk memudahkan kamu faham hubungan yang timbul dalam sesuatu penyiasatan.

Comments