Kaji klip video berikut:
terima kasih cikgu Safuan
Apabila cikgu pasang 1 bateri:
Apabila cikgu pasang 2 bateri:
Apabila cikgu pasangkan 3 bateri:
Dalam penyiasatan ini, mula-mula cikgu pasang 1 bateri, kemudian cikgu pasang 2 bateri, akhir sekali cikgu pasangkan 3 bateri ke dalam litar.
Ini dipanggil pemboleh ubah dimanipulasi, iaitu bilangan bateri.
Apabila cikgu pasangkan 1 bateri, mentol menyala dengan malap. Apabila cikgu pasangkan 2 bateri, mentol menyala lebih terang. Apabila cikgu pasangkan 3 bateri, mentol menyala semakin terang.
Ini dipanggil pemboleh ubah bergerak balas, iaitu kecerahan mentol. Pemboleh ubah bergerak balas ialah hasil yang kita dapt daripada eksperimen.
Sepanjang eksperimen dijalankan, kita perhatikan bilangan mentol yang cikgu pasangkan. Cikgu pasang 1 mentol dalam setiap radas.
Ini dipanggil pemboleh ubah dimalarkan, iaitu bilangan mentol.
Apakah kesimpulan penyiasatan ini?
Mula-mula cikgu pasang 1 bateri, mentol menyala malap.
Kemudian cikgu pasangkan 2 bateri, mentol menyala terang.
Akhir sekali cikgu pasangkan 3 bateri, mentol menyala sangat terang.
Kesimpulan yang kita dapat:
Jika bateri lebih banyak dalam litar, maka semakin teranglah mentol menyala.
Gunakan perkataan JIKA ... , MAKA ... untuk memudahkan kamu faham hubungan yang timbul dalam sesuatu penyiasatan.
Comments
Post a Comment