Kaji klip video berikut:
terima kasih cikgu Nizam
Kenal pasti keadaan berikut:
dan keadaan berikut:
Apakah pemerhatian yang kamu boleh buat?
YA
Mentol dalam litar (2) lebih terang daripada mentol dalam litar (1).
Kalau kita lihat semula kepada kedua-dua litar, kedua-duanya
- mempunyai 3 bateri
-mempunyai 2 mentol
Mengapa mentol dalam litar (2) menyala lebih terang?
Bolehkah kamu agak-agak dahulu dengan memerhatikan gambar di atas dengan lebih teliti?
Perhatikan gambar perbandingan berikut:
Apakah perbezaan dalam kedua-dua gambar litar di atas?
Ya, kedudukan mentol.
Dalam litar (1), mentol disusun bersebelahan. Kedudukan ini dipanggil litar bersiri.
Dalam litar (2), mentol disusun selari. Ini dipanggil litar selari.
Kaji gambar rajah berikut:
Litar bersiri
Litar selari
Apakah ciri setiap litar?
Litar bersiri
|
Litar selari
|
Mempunyai satu
laluan untuk aliran tenaga elektrik.
|
Mempunyai lebih
daripada satu laluan untuk aliran tenaga elektrik.
|
Mentol-mentol disusun
bersebelahan dalam satu laluan yang sama.
|
Mentol-mentol disusun
selari dalam laluan berlainan.
|
Mentol-mentol
menyala lebih malap berbanding dalam litar bersiri.
|
Mentol-mentol menyala
lebih cerah berbanding dalam litar bersiri.
|
Bagaimana pula jika suis disambungkan ke dalam litar?
Kaji klip video berikut:
Video di atas menunjukkan,:
(1) dalam suatu litar bersiri, jika satu suis ditutup, maka mentol-mentol ___________.
(2) dalam suatu litar selari, jika satu suis ditutup, maka mentol ____________.
(video ihsan Cikgu Safuan)
Semak dengan bacaan buku teks muka surat 114 - 116
Comments
Post a Comment