Kestabilan

Apakah maksud kestabilan?

Kaji tayangan berikut:


Dua struktur tadi diletakkan di atas sebuah permukaan rata seperti sebuah meja.

Meja itu dijongketkan ke hadapan.

Apakah pemerhatian yang didapati?

 

Struktur Q jatuh terlebih dahulu daripada P apabila meja itu dijongketkan ke hadapan.

Ini dipanggil pemerhatian (keputusan penyiasatan.)

Struktur Q kurang stabil berbanding P.

Ini dipanggil inferens/ sebab.

Apakah yang diuji dalam aktiviti ini?

Lihat pada tapak struktur.

 

Garisan hitam menunjukkan luas tapak setiap struktur.

Tapak struktur P lebih luas (lebih besar) daripada struktur Q.

Ujikaji ini menunjukkan luas tapak struktur yang lebih besar menjadikan sesuatu struktur lebih stabil.

 

Menguji Hubungan Kestabilan dengan Ketinggian Struktur

Di antara struktur X dan Y, manakah yang akan jatuh terlebih dahulu jika dihadapkan di hadapan sebuah kipas angin?

Antara pemerhatian yang mungkin ialah:

1)Struktur X akan jatuh terlebih dahulu.

2)Struktur X jatuh lebih cepat berbanding struktur Y.

Ini menunjukkan struktur X kurang stabil berbanding struktur Y (Inferens/ sebab).

Apakah yang dikaji dalam pengujian ini?

Kotak-kotak susu telah disusun membentuk struktur yang tinggi.

Struktur X pula lebih tinggi berbanding struktur Y.

Ini menunjukkan struktur yang lebih tinggi didapati kurang stabil berbanding struktur yang lebih rendah.

Teknik Menjawab Soalan:

Jika diminta menyatakan pemerhatian, pastikan murid-murid tidak menggunakan perkataan kestabilan, contohnya:

Tuliskan satu pemerhatian daripada penyiasatan ini.

Struktur  Q tidak stabil.    X


Jawapan yang tepat ialah

Struktur Q jatuh dahulu, kemudian struktur P pula jatuh   

atau

Struktur Q jatuh lebih cepat berbanding struktur P


Perkataan kestabilan menerangkan mengapa sesuatu struktur itu jatuh cepat atau lambat (inferens).

Comments