Kepentingan Pencaran Biji Benih

Mengapakah biji benih perlu dipencarkan?

Kaji gambar berikut:

kredit imej buku teks


Adakah biji benih dalam gambar rajah di atas telah dipencarkan?

Ya / Tidak

Apakah pemerhatian yang dapat dibuat tentang jarak antara biji-biji benih?

__________________________

Ramalkan saiz tumbuh-tumbuhan yang akan bertumbuh.

__________________________


******
Biji benih yang diperhatikan jatuh rapat dengan pokok asalnya dan rapat antara satu sama lain.

Ini menunjukkan biji benih tidak dipencarkan.



Tumbuhan yang akan membesar

-bersaiz kecil.

-mempunyai daun yang kecil dan daun yang jarang.

-mempunyai bunga yang kecil.

-mempunyai bunga yang sedikit.

-jika berbuah, buahnya bersaiz kecil dan bilangan yang sedikit.


Kaji gambar berikut:

kredit imej buku teks


 Adakah biji benih di atas telah dipencarkan?

Ya / Tidak

Apakah pemerhatian yang dapat dibuat ke atas anak tumbuhan yang subur?

______________________

______________________



*****
Tidak terdapat pokok besar berhampiran biji benih dan biji-biji benih itu tumbuh jauh antara satu sama lain.
Ini menunjukkan biji benih dapat dipencarkan. 

Tumbuhan yang membesar daripada biji benih yang dapat dipencarkan
-bersaiz lebih besar daripada tumbuhan yang biji benihnya tidak dapat dipencarkan
-mempunyai daun yang lebih besar.



Kesimpulan: 

1. Biji benih perlu dipencarkan supaya dapat tumbuh jauh daripada tumbuhan asalnya.

2. Biji benih yang telah terpencar boleh mendapat ruang yang cukup untuk mendapatkan nutrien, air dan cahaya supaya biji benih dapat membesar dengan subur  (iaitu menjadi tumbuhan yang besar, mempunyai buah yang besar dan lain-lain)

3. Angin, air, dan hidupan (manudia dan haiwan) membantu pencaran biji benih tersebar supaya tumbuhan yang baru dapat tumbuh.

Apakah yang mungkin berlaku kepada tumbuhan jika tidak dapat memencarkan biji benihnya? 🤔🤔

Comments

  1. thank you for make this blog information, its very helping

    ReplyDelete
  2. Apa kepentingan pencaran biji benih

    ReplyDelete

Post a Comment