Kemandirian Spesies Tumbuhan

Apakah maksud pencaran biji benih?
Kaji gambar rajah berikut:

Apakah maksud pencaran biji benih berdasarkan gambar rajah di atas?

Gambar rajah di atas menunjukkan biji benih jatuh, atau disebarkan jauh daripada pokok asalnya.

 

Menyatakan cara tumbuhan memencarkan biji benih atau buah. 

Menghubungkait cara pencaran dengan ciri biji benih atau buah.

 

1. Pencaran oleh angin





Angin boleh meniup biji benih, membolehkan biji benih melayang di udara dan boleh jatuh jauh dari tempat asal pokoknya.

Bagaimana angin boleh meniup biji benih? Kani gambar berikut:

Bolehkah biji benih ditiup oleh angin jika berupa seperti dalam gambar di atas?

Apakah keadaan atau ciri yang perlu ada pada biji benih supaya ia dapat ditiup oleh angin?

- ringan

-halus

-mempunyai struktur seperti sayap (biji benih lebih mudah melayang dalam angin jika ada struktur seperti sayap)


2. Pencaran oleh air




Aliran air sungai dan laut dapat menghanyutkan biji benih dan buah yang jatuh ke dalam air.

Bagaimanakah biji benih yang terjatuh ke dalam air dapat dihanyutkan oleh air atau ombak? Kaji gambar berikut:


Bolehkah biji benih dihanyutkan oleh air jika berupa seperti di atas?

Apakah ciri yang perlu ada pada biji benih itu:

-mempunyai sabut. Sabut mempunyai banyak rongga udara supaya buah boleh terapung. Apabila buah terapung, buah itu boleh dihanyutkan oleh aliran air atau ombak.

-mempunyai kulit kalis air. Kalis air bermaksud tidak menyerap air. Oleh itu, biji benih tidak mudah rosak apabila terjatuh ke dalam air.

 

3. Pencaran oleh haiwan



Dapatkah anda memerhatikan beberapa ciri yang membolehkan biji benih disebarkan oleh burung itu?

Perhatikan ciri lain bagi biji benih supaya dapat disebarkan oleh haiwan dalam klip video berikut:

 

  
  

Haiwan dapat membawa biji benih jauh daripada pokok asalnya.

Apakah ciri pada biji benih atau buah supaya ia mudah dibawa oleh haiwan?

-biji benih boleh tersangkut pada bulu atau kulit haiwan, oleh itu biji benih mempunyai cangkuk halus.

-buah yang boleh dimakan oleh haiwan, jadi buah itu mestilah berwarna terang yang dapat menarik perhatian haiwan untuk memakannya.

-jika haiwan makan ataupun tertelan biji benih, biji benih itu boleh keluar melalui najis haiwan dan terjatuh di atas tanah untuk pertumbuhan pokok yang baharu, oleh itu, biji benih itu hendaklah sukar dihadamkan dalam sistem pencernaan haiwan (biji benih tidak hancur dalam sistem penghadaman haiwan yang memakannya.)


 4. Pencaran secara mekanisme letupan

Adakah tumbuhan perlu meletup untuk menjalankan pencaran?
Mekanisme letupan dalam pencaran bukanlah seperti kejadian letupan seperti dalam gambar.
Kaji klip video mekanisme letupan berikut:


Apakah yang telah berlaku dalam mekanisme letupan?

Mekanisme letupan merupakan kaedah bagi sesuatu tumbuhan menolak keluar biji benihnya secara automatik.

Perhatikan bahawa buah yang mengandungi biji benih mestilah sudah tua dan kering.

Kulit buah terbuka sendiri dan biji benih boleh tertolak keluar daripada buahnya.

Oleh itu, biji benih tercampak menjauhi pokok asalnya.

 

Selesai membaca, murid-murid hendaklah sedar bahawa

KAEDAH PENCARAN BERUPAYA MENJAUHKAN BIJI BENIH TERJATUH JAUH DARIPADA POKOK YANG ASAL

Pencaran merupakan satu kaedah semula jadi yang sangat penting bagi tumbuhan untuk kemandirian spesiesnya, supaya spesies tumbuhan boleh terus wujud di muka Bumi.

Comments